Entries Tagged as ‘Uncategorized’

2009/11/14

kasih tak bernoktah

Kini aku sedang belajar tentang obstetrics. Baru dua hari, dan pengenalan subjek baru ini masih belum habis berikutan pensyarahku yang sibuk memanjang. Terlalu banyak kes-kes berat yang terpaksa beliau selesaikan. Sudahnya kami asyik bergambar.
Sebelum ini, aku belajar tentang pediatrics. Melihat kanak-kanak kecil yang sakit, sungguh buat aku pilu. Anak-anak kecil yang baru hendak mengenal dunia, [...]

2009/11/13

adinamia~

Sepi, sunyi, berhabuk sawang Mutiara Hitam dibiarkan. Sungguh aku tiada daya menulis. Semuanya terasa kaku seolah-olah kotak fikirku henti berfungsi.
Ada yang mengatakan, ketandusan idea dalam menulis adalah dek kemarau bacaan yang panjang. Benar sekali aku kira. Novel yang aku baca kini, boleh dikatakan tiada. Surat khabar?.. aku hentikan tabiat membacanya dek jelak dengan isu politik [...]

2009/10/02

Seerat cinta tuhanku

Kupendamkan perasaan yang menggunung langit,
Menyusun satu-satu bait-bait indah,
Pada angin yang memilir lalu,
Mengucap cinta berteleku syukur,
Buat TuhanKu Ar-Rahman,
Masih sudi memegang erat,
Memasak aku kukuh di jalanMu,
Walau terkadang aku leka dalam mainan teman,
Godaan dunia gembalaan syaitan,
Ampunkan aku.
Mutiara Hitam
2/10/2009
Nizhniy.Ru

2009/09/18

rahsia hati

Andai saja hati ini
bisa aku luahkan segalanya
bagaiamana agaknya hidupku?
adakah semuanya akan terjadi
seperti yang aku inginkan
seperti yang aku harapkan
mungkinkah rasa hatiku
bisa membungakan kuntum senyum
atau mengundang gerimis sang mata
mungkinkah rasa hatiku
bisa melukakan hati yang lain
atau melukakan hati sendiri?
ahh.. hati yang separuh ini
sungguh kau penuh rahsia
18 September 2009
Nizhniy.Ru

2009/08/27

cutiku

kali ini cutiku
membuat aku bisu seribu
mengunci kalbu
sesat tak bertuju
langit tampak tak sebiru
bingung berhati beku
mutiara hitam turut terkujur kaku
aku cuba bangkit maju
nantikan aku dengan jiwa yang baru
maafkan aku
jika ada yang menunggu..
27  Ogos 2009
Selayang.

2009/05/04

Curhat Mei

Mama,
Bulan Mei menjelang lagi, tapi bulan Mei kali ini tidak  sama seperti Mei yang lepas-lepas.  Mei kali ini kaklong jauh di bumi  Russia. Kaklong tahu dan masih ingat, mama sangat sukakan bulan Mei. Setiap kali Mei menjelang kaklong dan adik-adik pasti akan mengadakan kejutan buat mama, walaupun acik selalu bocorkan rahsia di saat-saat akhir.
Tapi tahun [...]

2009/03/10

notis pemiutang

Resah seorang penghutang… pernah kamu rasai?
Hutang yang tidak dibayar memang  melemaskan, jika gagal menjaga amanah barang yang dipinjam resahnya hadir berganda.
Tetapi, tatkala pemiutang bermurah hati, memberi peluang menambah tempoh. Tenangya hati seluas hamparan lautan dunia.
Tapi…
Bagaimana bila Allah menuntut segalanya yang telah Dia pinjamkan:
Keluarga
Harta
Darjat
Jasad
malah hirupan nafas…
Bersediakah kita memulangkannya satu demi satu?
Adakah kita memulangkan amanahnya sebaiknya? Tanpa [...]

2009/02/14

betul kita salah

Setiap hari yang kita lewati, tak akan sekali sunyi dari membuat sebarang keputusan dan pertimbangan.  Tidak salah sekiranya diklasifikasikan sebagai beban tanpa sedar, dan beban itu hanya disedari sekiranya keputusan yang perlu dibuat itu benar-benar menggundahkan benak dan pundaknya hati.
Setiap hari juga, tak akan pernah dapat kita elakkan daripada dua perkataan ini, iaitu betul dan [...]

2008/12/23

21 itu kunci?

Gugup berantaian di hati, mengenangkan usia yang menginjak setahun lagi. Setahun lagi masa beralih. Siapakah aku 20 Disember ini, tidak banyak bezanya dengan 20 Disember yang lain. Kasih sayang keluarga dan teman-teman setia menemani walau jauh walau dekat.
Tua sungguh rasanya, memikirkan umur 21 ini. Setiap helaan nafas rasanya kian payah disedut. Memikirkan diri yang perlu [...]

2008/12/14

futur merantai hati

Cerita aku di 13 Disember 2008.
Setiap jalur urat aku masih sengal dengan kepenatan menguruskan itu dan ini. Menghadiri itu dan ini. Memenuhi ajakan itu dan ini. Kini menimbang tara permintaan itu pula? Bahu terasa makin berat menanggung tanggungjawab. Futur mula menggoyah hati yang lemah.
Lewat malam semalam, aku sunyi dalam ramai. Walau ramai temanku bertandang di [...]