Entries Tagged as ‘my life in nizhniy’

2009/02/22

ayam terbang

Jam menunjukkan lewat 7 pagi. Aku melangkah tenang menuju ke dapur.  Pagi Ahad  ini masih sunyi. Sambil tangan memeluk besen berisi bawang dan halia, aku menyanyi kecil sendirian. Menyambut dinginnya pagi.
Aku meletakkan periuk berisi air di atas dapur, memasukkan segala bawang dan halia yang aku bawa sebentar tadi. Bersedia untuk merebus ayam buat juadah nasi [...]

2009/02/22

jasad yang tertinggal

Aku kini sedang menjalani ‘cycle’ untuk subjek ‘operative surgery’ , dan pada Hari Jumaat yang lepas aku berpeluang untuk menjalankan sesi praktikal di sebuah rumah mayat yang terletak tidak jauh dari kelas dan hostel tempat tinggalku. Owh ya, guruku untuk  subjek kali ini ialah  Dr. Alejandro Garcia Bulanov (baca  alehandro). Gayanya menghunus skalpel pembedahan tak [...]

2008/12/03

bumi ini tetap asing

Aku buru-buru menuju ke muka pintu bas. Mata sempat melirik pada jam tangan, !2.35 tengah hari. Aku resah, takut lewat tiba di dewan kuliah di hospital yang terletak di Gorkova. Sedang aku baru tiba di dataran Minina.
Terbuka sahaja pintu bas, aku segera turun. Laju aku melangkah. Tiba-tiba kedengaran jerit suara lelaki tua marah-marah. Bahu aku [...]

2008/11/27

Budi bahasa dan kita

Hampir tiga tahun sudah aku berkampung di bumi komunis ini, segala macam pahit manis jerih payau payahnya telah aku lalui, namun itu semua menjadi rencah untuk aku mengenal dunia, menjadi bumbu agar aku segera dewasa. Mengejar masa yang masih tertinggal menggalas keperluan di sana, agar tiada yang keciciran tika melalui jambatan di sini.
Kini bumi komunis [...]

2008/11/04

Jatuh Cinta???

‘Suha… jumaat malam sabtu ni, ada program.. tajuknya ‘kita dan Nizhniy’ sempena Autumn Retreat.. Biro Tarbiyah yang buat.’, kata Rosya.

JUMAAT, 25 OKTOBER 2008

Sedang aku menikmati aiskrim karamel mata aku melirik jam tangan, jarum jam tepat menunjukkan 6.30 petang.

“MasyaAllah Nad, kena balik laa.. aku kan ada program kat 3rd hostel”, sambil tangan pantas memasukkan kentang [...]