Sekadar perkongsian kecil di hari ini. Ingin aku kongsikan nasihat yang aku terima dari Kakngah buat Kaklongnya yang berkecamukan.
Singkap tabir masa lampaumu
Syukurlah padaNya
Renung masa depanmu
Yakinilah Dia
Pandang sekelilingmu
Percayalah Ar-Rab
Lihat kedalam dirimu
Kau kan ketemu Allah..
Resah susahku hilang tatkala aku menghadam kata-kata ini. Aku terlupa bahawa Allah tidak pernah membiarkan kita mengharung dunia ini sepi keseorangan. Tidak [...]
Entries Tagged as ‘mencorak hati’
2009/06/03
zikir senada fikir
2009/03/22
Kelkatu itu aku
Setiap kali persoalan cinta diajukan kepada aku. Aku sering kali kehilangan kata. Fikiranku akan menerawang mencari jawapan terbaik untuk aku persembahkan. Jawapan aku? Sudah pastinya dari pengalaman yang aku kutip dari teman-teman, kerana aku sendiri tidak pernah mengalaminya.
Jatuh cinta? Pastinya aku berkali-kali jatuh cinta. Dari sekecil-kecil umur aku 12 tahun, sehinggalah aku kini 21 tahun. [...]
2009/02/14
betul kita salah
Setiap hari yang kita lewati, tak akan sekali sunyi dari membuat sebarang keputusan dan pertimbangan. Tidak salah sekiranya diklasifikasikan sebagai beban tanpa sedar, dan beban itu hanya disedari sekiranya keputusan yang perlu dibuat itu benar-benar menggundahkan benak dan pundaknya hati.
Setiap hari juga, tak akan pernah dapat kita elakkan daripada dua perkataan ini, iaitu betul dan [...]
2009/01/15
Kecil. Kecil tidak sekali bererti tidak bermanfaat. Tidak sesekali tidak berguna. Hal kecil tetap tega merubah peristiwa bermakna.
Kadang-kadang kita terlupa dengan perkara-pekara kecil walhal perkara tersebut tetap menjadi hitungan di hari pengadilan.
Hari ini aku diingatkan dengan kisah seekor burung. Masihkah kalian ingat perihal kegigihan seekor burung kecil yang cuba membantu Nabi Ibrahim a.s sewaktu dibakar [...]
2009/01/10
kiriman buatmu saudaraku
Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin
اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung [...]
2009/01/03
demi masa
Seminggu aku buntu mencari idea untuk menulis. Walaupun aku sedang bercuti kini, namun tiada satu pun idea yang datang menjengah kotak fikiran aku. Sepi. Tepu. Aneh sungguh rasanya. Tatkala aku bergelut mencungap nafas antara ruang waktu yang sempit. Rasa kepingin untuk aku menulis datangnya tanpa dijemput. Walau mata merayu untuk tidur, gagah aku menyengkang [...]
2008/12/16
jangan jadi monyet
Di tepi sebatang sungai yang deras airnya, ada sebatang pohon rambutan yang rendang. Pohon rambutan itu menjadi tempat tinggal seekor monyet. Monyet ini bukan sebarang jenis monyet. Tetapi monyet yang berketeturunan baka baik. Bulunya lcantik dan kemas, badannya tegap lagi gagah.
Suatu hari, Allah s.w.t ingin menguji si monyet ini dengan ujian angin. Di suatu petang, [...]