dentum sangĀ guruh
rakus mengigit pundak
kilat menyabung
garang merekah kalbu
hai hati tenanglah
agar kaki tidak sekali
culas dalam melangkah
perjuangan ini masih panjang
menuntut kudrat keringat
mendamba sabar tabah
janganlah hati berpatah arang
kerna janji Tuhanmu
tak pernah menipu
11 Jun 2009
Nizhniy.Ru
2 komen
2009/06/11 at 8:57 pm
tidak pernah menghampakan jiwa yang sedang mencari ruang untuk menjerit dalam kesunyian malam.
-itu yg kite dpt bila baca sajak2 kak sueha.
-its like a remedy for this heart of mine.
-A.Samad Said sila gulung tikar ye..
2009/06/12 at 1:33 am
uikksss… masakan diri kerdil ini dibandingkan sasterawan negara.. apalah kamu ni.. walaubagaimanapun terima kasih atas sokongan kamu.. =D