Setiap kali persoalan cinta diajukan kepada aku. Aku sering kali kehilangan kata. Fikiranku akan menerawang mencari jawapan terbaik untuk aku persembahkan. Jawapan aku? Sudah pastinya dari pengalaman yang aku kutip dari teman-teman, kerana aku sendiri tidak pernah mengalaminya.
Jatuh cinta? Pastinya aku berkali-kali jatuh cinta. Dari sekecil-kecil umur aku 12 tahun, sehinggalah aku kini 21 tahun. Tapi bercinta tidak sekali.
Semakin aku meningkat dewasa, aku semakin yakin. Cinta bukan barang mainan, yang kau boleh suka-suka mainkan tatkala kau inginkan, sekiranya engkau sudah bosan, engkau boleh letakkannya di sudut bilik tanpa berfikir panjang.
Cinta itu bukan untuk dipupuk melebihi rasa cinta pada-Nya. Cinta itu bukan untuk kau cuba-cuba seperi mana kau mencari sepasang baju yang boleh bertukar ganti. Cinta itu perlu dilakar hingga membentuk bahagia dipintu syurga. Aku pernah terbaca di satu artikel, cinta yang di bina bukan atas paksi takwa, akhirnya menjadi musuh di Padang Mahsyar.
Aku sesungguhnya mengharapkan cinta yang akan setia hingga ke sana. Mengharap cinta yang berpupuk dari sebuah gerbang perkahwinan. Cinta yang tidak akan lesu daripada tanggungjawab. Cinta yang tak akan pudar bersama usia. Cinta dibina dari Rahmah Tuhanku, Pencipta seluruh alam.
Pernah sekali, aku jatuh cinta. Buat pertama kalinya aku mengalami perasaan yang sungguh mendalam sebegitu rupa. Melihatnya sahaja cukup membuatkan aku resah. Tetapi aku akhirnya kecewa sendiri. Terasa remuk segala porta hepar.
Namun, aku diketemukan dengan cintaNya. Aku mendapat peringatan daripadaNya, bahawa cinta manusia itu tidak setanding dengan cinta dariNya. Allah juga mengingatkan aku, tentang cinta kedua ibubapaku. Aku masih ingat diwaktu itu. Tatkala aku terasa luluh segala urat tubuh, tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Lembut suara mama menyapa gegendang telingaku. Meluahkan rasa khuatirnya, yang datang dari mana.
Aku menyambut riang suara mama. Menyembunyi isi hati yang menahan sendu. Ahh.. aku terpukul lagi. Terlupa aku, biar seluruh dunia menghenyakkan aku ke dalam gaung sekali pun. Mama dan abah akan selalu dan terus menghulurkan tangan untuk aku.
Aku bukan serik untuk mencari cinta. Hati yang separuh ini perlu dilengkapkan, agar iman ini akan sempurna. Aku sedang membina semula kekuatan, agar aku bertabah untuk mencubanya sekali lagi.
Aku tidak mengharapkan hebatnya putera raja. Cukup sekadar hati ini bahagia melihat senyumannya. Aku tidak mengharap kaliber seorang jeneral. Cukup sekadar dia yang mampu memimpin aku ke lurusnya jalan. Aku tidak mengharapkan mewahnya banglo. Cukup sekadar sebuah daerah sunyi khas buat aku.
Kerana aku, adalah seperti kelkatu. Kelkatu yang tidak pernah kenal erti serik akan lampu yang memungkinkan sayapnya terbakar berkali-kali.
Begitu juga fitrahnya aku, yang tidak mungkin menolak cinta.
Kecamukan sang kelkatu.
5 komen
2009/03/23 at 10:29 am
entry yg menarik..luahan hati yang berkemungkinan besar dirasai oleh ramai orang..kasih, sayang dan cinta adalah fitrah.. namun bercinta sblm berkahwin adalah menifestasi kegagalan fikiran mengawal perasaan kerana iman yang terlalu lesu berkata-kata (huh,mcm pernah rasa jer..hehehe..)
semoga bertemu cinta sejati..!!
2009/03/23 at 7:49 pm
Persoalan yang takkan sekali dapat kita larikan diri sama sekali. Moga-moga kita bertemu dengan cinta di jalanNya.. Jzkk.. semoga kamu juga ketemu satu.
2009/03/29 at 8:23 am
berdoala dr sekarang,biar Allah simpankan utkmu seseorg yg terbaik utk agamamu,utk keluarga mu dan utk dirimu..Bahagia itu dariNya.InsyaAllah.:)
2009/03/29 at 8:31 am
terima kasih atas nasihatmu. Jzkk..
2009/04/21 at 4:02 am
kau benar..kelkatu.syukran.