Entries from Mac 2009

2009/03/29

seperti sengetnya ketam

Wanita lahirnya sehinggalah ke hembusan terakhirnya, tidak sekali Allah biarkan dia keseorangan menjalani hidup ini. Akan sahaja ada lelaki yang akan memimpinnya,membelanya, memberi jaminan keamanan kepadanya.
Lahirnya seorang wanita, ayahnya akan dipertanggungjawabkan ke atasnya. Matinya seorang ayah tanggungjawab itu akan beralih kepada datuknya, bapa saudaranya, malah saudara lelakinya.
Setelah wanita itu berkahwin, suaminya akan dipertanggungjawabkan. Namun apabila [...]

2009/03/22

Kelkatu itu aku

Setiap kali persoalan cinta diajukan kepada aku. Aku sering kali kehilangan kata. Fikiranku akan menerawang mencari jawapan terbaik untuk aku persembahkan. Jawapan aku? Sudah pastinya dari pengalaman yang aku kutip dari teman-teman, kerana aku sendiri tidak pernah mengalaminya.
Jatuh cinta? Pastinya aku berkali-kali jatuh cinta. Dari sekecil-kecil umur aku 12 tahun, sehinggalah aku kini 21 tahun. [...]

2009/03/16

ke mana mudiknya?

Aku kebingungan, tangan teringin benar berlari di atas papan kekunci. Mencoret rasa segalanya yang terbuku dihati. Namun, segala yang ingin aku cuba kongsikan, sekadar mati di tengah jalan. Terdetik bibit malu, bisa merona wajahku barangkali jika aku kongsikan bersama kalian.
Mungkin kita tak pernah kenal, mungkin takkan sekali pernah bertemu. Andai berselisih ditepi jalan, mungkin sahaja [...]

2009/03/13

hati tak seindah busana

Kelana ini belum selesai,
Masih aku kembara,
Mencari diri mengenal tuhan,
Jelajah aku mencari teman,
Agar sesat tidak sekali,
Jauh sungguh jalan ini,
Seribu wajah aku kenali,
Seribu hati takkan sekali dapatku selami,
Kadang-kadang aku meronta sendiri,
Mengapa mata bisa tertipu,
Menghakimi manusia pada luarannya,
Indahnya busana,
Bukan gambaran empunya hati.
13 Mac 2006
Nizhniy.Ru

2009/03/10

notis pemiutang

Resah seorang penghutang… pernah kamu rasai?
Hutang yang tidak dibayar memangĀ  melemaskan, jika gagal menjaga amanah barang yang dipinjam resahnya hadir berganda.
Tetapi, tatkala pemiutang bermurah hati, memberi peluang menambah tempoh. Tenangya hati seluas hamparan lautan dunia.
Tapi…
Bagaimana bila Allah menuntut segalanya yang telah Dia pinjamkan:
Keluarga
Harta
Darjat
Jasad
malah hirupan nafas…
Bersediakah kita memulangkannya satu demi satu?
Adakah kita memulangkan amanahnya sebaiknya? Tanpa [...]