Jam menunjukkan lewat 7 pagi. Aku melangkah tenang menuju ke dapur. Pagi Ahad ini masih sunyi. Sambil tangan memeluk besen berisi bawang dan halia, aku menyanyi kecil sendirian. Menyambut dinginnya pagi.
Aku meletakkan periuk berisi air di atas dapur, memasukkan segala bawang dan halia yang aku bawa sebentar tadi. Bersedia untuk merebus ayam buat juadah nasi ayam setelah tamat program Interaksi dengan Al-Quran nanti (aku lebih gemar nama yang lagi satu itu, Surat Cinta Dari-Nya, tetapi timbul spekulasi pula
).
Aku bergerak menuju ke besen ayam yang telah aku tinggalkan di dapur pada pukul dua pagi tadi. Alangkah terkejutnya aku, lebih daripada 70 ketul ayam hilang, yang tinggal hanyalah seketul kepak yang diletakkan betul-betul di tangah besen. Jantung aku seperti terhenti seketika. Aku terkesima.
Tanpa sebarang kata, aku berlari menuju ke bilik. Lantas aku menjerit, “Rosya ayam hilang!!!”. Rosya yang mendengarkan itu, terus menghentikan tangannya yang sibuk mengopek bawang , mulutnya ternganga luas. Aku kira boleh menghapuskan hayat seekor lalat. Aku terus terduduk kebingungan di depan pintu bilik. Satu perkara yang tidak pernah terjadi sepanjang aku memasak untuk program. Walau apa sahaja barangan memasak yang aku tinggalkan di dapur, baik lauk atau segala rempah ratus, tidak pernah sesekali di usik. Nampak gaya dapur tingkat aku bukan lagi zon selamat.
Aku terus termanggu sambil menyumpah-nyumpah si pencuri akan bertukar menjadi katak malam ini, sambil Rosya mengharap si pencuri akan dimasukkan ke Infectious Hospital akibat memakan ayam curi.
Namun Alhamdulillah ayam yang hilang berjaya diganti dengan pantas oleh tauke ayam biro ekonomi yang bersedia berkhidmat ‘on-call’. Terima kasih juga kepada Abang Jamz yang sudi menjadi pos laju menghantar ayam dengan segera daripada hostel tiga ke hostel satu. Terima kasih juga kepada pemotong-pemotong ayam bidan terjun, terutamaya Cik Zahidah kita. Lebih-lebih lagi lena tidurnya diganggu oleh suara aku yang hampir histeria dengan kehilangan ayam.
Alhamdulillah, proses memasak tetap berjalan lancar, dan sempat siap sebelum peserta program usai solat Zohor berjemaah. Terima kasih kepada Kak Aida, Rosya, Farah dan Farah kerana dengan kerjasama anda kita telah berjaya menyiapkan misi Nasi Ayam Hainan kita tepat pada masanya. Owh.. tidak lupa kepada pembancuh-pembancuh air bandung terhebat Roneza, Amira dan Liyana, sesungguhnya kehadiran anda tepat pada waktunya, kerna kami sememangnya tidak menang tangan di waktu itu.
Huh.. kepada pencuri ayam… aku kirim salam banyak-banyak kepada kamu.
4 komen
2009/02/24 at 2:28 pm
ada nek nak kt dapur kot…huhuhu…ape cite russia???
2009/02/25 at 8:04 am
Salam..
mana ade mulut terbuka luas..muahaha:P
ape pon Alhamdulillah prog berjalan dgn lancar:)
buat African2 yg buat ‘chicken feast’ tu,napela kamu xmsuk infectious hospital..huhu..;)
2009/03/14 at 6:43 am
susah nk bayang. heish kamu ini meletakkan imaginasi yang pelik-pelik di mindaku -_-”
2009/03/14 at 8:17 am
hahaha.. tak susah untuk kau imaginasikan.. tangan Rosya terhenti dari mengopek bawang, lalu mulutnya ternganga luas. Nafas pagi yang menorobos keluar pastinya mampu menghapuskan hayat seekor lalat. Ngerti kamu??