Di tepi sebatang sungai yang deras airnya, ada sebatang pohon rambutan yang rendang. Pohon rambutan itu menjadi tempat tinggal seekor monyet. Monyet ini bukan sebarang jenis monyet. Tetapi monyet yang berketeturunan baka baik. Bulunya lcantik dan kemas, badannya tegap lagi gagah.
Suatu hari, Allah s.w.t ingin menguji si monyet ini dengan ujian angin. Di suatu petang, awan hitam berarak menutup wajah sang matahari. Titik-titik hujan mula membasahi bumi. Monyet segera berlidung di balik dahan pohon rambutan tempat tinggalnya. Hujan kian lebat, angin mula mengganas. Angin kian mengganas meniup ke segenap kawasan. Jika tidak kemas berpaut pada dahan. Pasti sahaja si monyet tercampak ke dalam sungai lalu di bawa air sungai yang deras. Monyet dengan sekuat tenaga berpaut pada dahan. Semakin kuat angin bertiup semakin kuat pautannya pada dahan. Dengan kehendak Allah, monyet selamat daripada ujian yang hebat itu.
Seminggu kemudian, si monyet yang keletihan mencari makanan sedang duduk berehat di atas dahan. Allah menghadiahkan dia angin yang sepoi-sepoi bahasa. Mata si monyet kian layu mengikut rentaknya si angin. Monyet tertidur tetapi tangannya lupa berpaut pada dahan. Jatuhlah si monyet kedalam air sungai. Di bawa laju oleh air sungai yang mengalir deras.
Moralnya rakan-rakan pembaca sekalian, jika kita merasa susah melalui sesuatu jalan itu, sebenarnya itu kekuatan yang Allah salurkan kepada kita, agar kita tetap teguh melalui jalan itu. Dugaan nikmat indah dunia itu lebih buruk padahnya, kerana kita mudah sekali menjadi lalai. Kufur kepada nikmat.
p/s: entri ini sebagai menjawab keresahan aku dalam entri futur merantai hati. Aku sedar jalan yang aku lalui ini lurus, tetapi aku terasa sesak melaluinya. Saban hari semakin sempit jalan itu aku rasakan. Moga Allah memberikan aku petunjuk. Entah mengapa,hari ini aku tergerak hati menonton sekali lagi filem Sang Murabbi. Nyata filem ini mengubat sesak nafasku.
Moga aku lebih sabar selepas ini.
2 komen
2008/12/19 at 6:57 am
very nice story!!
2008/12/21 at 2:45 pm
salam kenal black pearlz..sungguh bermakna kisah ini..satu kisah yang menyedar dan mengingatkan..sekurang-kurangnya, kita perlu bersyukur jika diuji..kerana Allah itu sebenarnya ingin membantu kita di masa kelak..
p/s : semoga kamu berjaya melintasi semua rintangan..