Aku buru-buru menuju ke muka pintu bas. Mata sempat melirik pada jam tangan, !2.35 tengah hari. Aku resah, takut lewat tiba di dewan kuliah di hospital yang terletak di Gorkova. Sedang aku baru tiba di dataran Minina.
Terbuka sahaja pintu bas, aku segera turun. Laju aku melangkah. Tiba-tiba kedengaran jerit suara lelaki tua marah-marah. Bahu aku ditolaknya. Tersentap hatiku, dan langkahku mati. Lambat aku memusing kepala, memandang lelaki tua itu. Lelaki tua itu terus marah-marah, sebelah tangan memegang mata kanannya, manakala tangannya yang sebelah lagi menuding ke arah aku. Aku terkesima. Apa yang telah aku lakukan? Ada dua tiga pasang mata memandang ke arah aku. Tidak kurang yang terus berjalan tanpa mengambil pusing apa yang terjadi. Seingat aku, aku hanya berjalan keluar, dan aku amat pasti aku tidak terlanggar siapa-siapa pun.
Aku bagaikan tersedar tiba-tiba, tatkala mata aku liar memandang sekeliling aku baru tersedar, hanya aku seorang sahaja warga asing yang berada di situ. Entah mengapa aku terasa asing tiba-tiba. Rasa takut menggigit hati. Aku segera pasang kaki, melangkah panjang-panjang. Aku seperti hilang arah, tidak ada hati rasanya untuk menaiki bas panjang. Aku terus sahaja menaiki marsyut walau 12 rubel melayang.
Sepanjang perjalanan aku memkirkan hal itu. Adakah aku terlanggar pak cik itu? Tapi aku yakin, aku tidak melanggar dia. Aku cuba mengingat kembali patah kata pak cik itu.
‘Devushka, shto ti dumaesh. @#%&**#@!!!..ophtalmolog… @#!!’
‘Gadis apa yang kamu fikir….@#%&**#@!!!..ophtalmolog… @#!!’
Errr.. dalam kebingungan aku dijerkah, otak aku gagal dalam menterjemah kata-kata lelaki tua itu. (ecehh.. tidak mahu mengaku kelemahan sendiri) Tetapi, sungguh aku tidak faham, kenapa aku yang dimarah? Tangannya menyentuh matanya. Sakit barangkali. Sambil menyebut sesuatu yang berbunyi seperti ophtalmolog di cuping telinga aku. Apa kena mengena aku, matanya dan ophtalmolog yang disebutnya???
Aku bingung sendiri. Sampai sahaja aku di dewan kuliah, (alhamdulillah sempat sampai tepat pada masa) Ila terus menghulurkan aku sloika szemleonika. Aku yang kelaparan terus sahaja mengambil tanpa banyak bicara. Maklumlah aku yang tidak sempat bersarapan pagi tadi, huluran Ila pastinya tidak aku siakan. Sehinggakan aku terlupa hendak ceritakan kepada Ila. Alahai… nampaknya di bilik sahajalah aku ceritakan padamu.
Kuliah ‘Surgery’ aku dengar dengan penuh asyik. Menjadi pemikir agung, mengangguk dalam sengguk. Aku pasti bukan keluarga cacing taenia yang Dr.Avdonin ajarkan. Entah mengapa banyak cacing yang terlukis di nota aku.
Hehe.. walau dalam sengguk aku mengangguk, ajaran kepatahan tulang tetap aku peroleh sedikit sebanyak tau. =) (sekali lagi tak nak mengaku salah sendiri)
8 komen
2008/12/04 at 2:23 am
[...] View original here: bumi ini tetap asing [...]
2008/12/04 at 5:04 pm
wow x sangka k’suha
nyer liok lentok bahase setanding ngan damya hana..hehehe menarik2..x pe la k’suha maybe org tua 2 sajew nak kenekan k’suha or mmg k’suha x sengaja tersonggol maternyer.hak3
2008/12/04 at 5:51 pm
hahaha..
lawak pulak..
tapi asenye sueha tlanggaq pacek tuh k0wt..
tuh yg die hangin satu badan tuh..
sab0 jela..
=b
2008/12/04 at 6:13 pm
che 10
damya hana?? ishh tak adalah sampai macam itu sekali, walaumacammana pun jemput datang lagi ya.. jangan lupa temu janji kita… eh tak mungkin tersonggol, kak suha pendek tinggi dia melangit, kak suha ni tinggi dada dia je.. uhuk2..
toiek
tak, suha yakin tak langgar dia, jarak dia dengan suha dua ke tinggal jengkal tau.. boleh terlanggar lagi?? adehh..
2008/12/04 at 10:32 pm
bag sandang..tekena mata dia..
2008/12/09 at 2:39 pm
pakai tas tangan laa..
2008/12/09 at 1:47 pm
suhaha.. aku nyer ruskie lg bongok.. haha..
btw, anda di’tag’!!!
http://coconotty.wordpress.com/2008/12/09/the-pink-sisterhood/
2008/12/09 at 2:38 pm
heheehee.. sama saja kita nie…