2008/12/02...4:17 pm

menjadi fitnah

Terus ke Komen

Hari aku bermula seperti biasa pada hari ini.Namun tatkala aku menyusuri jalan yang dilitupi licin ais pagi ini, otakku tak semena-mena mengungkap kata ‘fitnah’.

Mendengar saja kata fitnah boleh menggelenyar rasa di hati. Namun fitnah tetap melata ditanam lidah tidak tidak bertulang. Benar kata orang hanya mulut tempayan yang dapat ditutup. Kemas. Rapi.

Aku menguis lagi sepah kotak fikiranku di balik hawa yang menorobos batang tubuh. Mengapa fitnah tetap mekar melata, adakah kerana lembutnya lidah atau sebenarnya diri sendiri yang mengumpan fitnah. Atau sekadar empunya lidah tidak senang duduk jika satu hari tidak mengadudombakan si dia dan si dia ?

Aku telusi pengalaman sendiri. Aku cerminkan lagi diri. Adakah segala tindak-tanduk aku di sini bisa mengundang fitnah kepada keluarga nun jauh di kampung? Adakah setiap helai pakaianku boleh menjadi fitnah pada agamaku? Adakah setiap bait yang melangkah keluar dari ulas bibir menjadi fitnah pada peganganku? Adakah aku menjadi fitnah pada diriku sendiri?

Tidak senang megharung dunia, biar sebesar zarah kesannya kadang-kadang membeban diri. Diri takkan pernah sempurna, mencari sempurna tetap dituntut. Menyediakan diri, menepis bahana fitnah.

Tinggalkan jawapan