2008/11/17...7:00 pm

nikmatnya belajar

Terus ke Komen

Seperti biasa, pulang sahaja aku daripada kelas, perkara pertama yang aku akan aku lakukan adalah memicit butang komputer ribaku.Aku menjadi puas melihat komputerku mencelikkan matanya, walaupun tiada urusan yang menanti, aku berasa senang melihat cahaya bersinar di layar skrin.

Aku perasan tabiat aku ini semenjak aku di sekolah rendah lagi,cuma bezanya peti televisyen menjadi mangsaku. Pulang sahaja ke rumah, dengan beg masih tergalas di bahu terus sahaja aku menekan butang televisyen walaupun aku tidak berniat untuk menonton. (Oh ya mungkin tabiat aku berubah disini, kerana aku tidak mempunyai televisyen… hurmmm..)

Barangkali tabiat ini terjadi kerana aku sering keseorangan di rumah, setiap kali aku pulang ke rumah pada tengah harinya, mama sudah pun pergi ke sekolah untuk mengajar di sebelah petang dan abah pastinya pagi-pagi lagi sudah keluar berniaga. Rasa sunyi menyebabkan aku mencari alternatif untuk ‘membisingkan’ rumahku, agar aku tidak terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Tetapi yang anehnya, andai aku mahu tidur, televisyen akan segera aku tutup, tidak terfikir lagi akan kesuyian rumah aku itu.

Ohhh…aku sudah pergi terlalu jauh dari tujuan asal aku ingin menulis hari ini. Hehee.. perkara yang ingin aku kongsikan adalah perihal emel yang aku terima hari ini daripada salah seorang temanku iaitu Wan. Melihatkan tajuk emel itu, aku menjadi tertarik;”school in Palestine”. Laju tangan ini memuat turun “slideshow” (aku tidak temukan perkataan bahasa melayunya) tersebut.

Apabila dibuka, nyata rasa malu menyusup jauh ke dalam hatiku, selain sedih dan kagum melihat perjuangan anak-anak Palestin. Mereka berjuang untuk ke sekolah, mereka berjuang untuk belajar. Sungguh berbeza dengan keadaan aku, dahulunya aku ke sekolah dengan menaiki bas sekolah, kadang-kadang jika aku tertinggal bas sekolah abah buru-buru mengahantar aku. Ada sekali aku dimarahi kerana pulang ke rumah berjalan kaki, kerana bas sudah pergi meniggalkan aku(kenapa aku keluar lambat ya? hingga ketinggalan bas.. kena denda?ehh.. aku budak baik dahulu :D ). Aku dimarah kerana tidak menelefon ibuku perihal aku ketinggalan bas, kononya nak berdikari sudahnya aku dimarahi pula.

Aku malu melihat keazaman mereka memperjuangkan hak mereka untuk menimba ilmu. Sedangkan kekadang aku disini tidak menghargai peluang yang telah ada, semuanya ada, lengkap dan mudah. Aku tegar sealpanya, aku tidak terbanding dengan anak-anak itu walaupun seinci. Ada juga antara kita yang mengambil mudah soal pelajaran, masa banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya, sehinggakan aktiviti tersebut menganggu urusan pelajaran, malah ada yang ponteng kelas dengan sewenang-wenangnya.

Anak-anak Palestin kamu sememangnya kebanggaan dunia, walau hidupmu dikelilingi gahnya tentera, walau hidupmu berkelubung duka, walau nyawamu dihujung senapang. Namun kamu tetap menjalankan ibadahmu.

Aku ralat seketika dalam aku menulis entri di kali ini, nampaknya aku sekadar berbicara kosong tanpa ada tindakan yang dapat aku susulkan. Kehancuran di bumi Anbiya’ berleluasa tetapi aku terpasung tangannya, sekadar sekelumit doa menghulur tabah. Maafkan aku.

school_in_palestine

4 komen


Tinggalkan jawapan