ada misi baru untuk dilaksanakan.. walau jalan mana yang aku lalui.. aku akan pastikan aku tidak akan berjalan tempang… herk.. tempang? pasti fenin kan.. pesal laa pulak tempang-tempang nie.. accident pun tidak..
begini.. selepas program homestay yang telah aku hadiri.. ada sesuatu yang mengasak fikiranku.. membuatkan aku berfikir dan berfikir… dan setelah rujukan telah dibuat, sokongan telah ketemu.. maka aku akan jalani dua jalan itu serentak walaupun mungkin sukar..tapi aku harus pastikan yang aku tidak akan berjalan tempang…
sebenarnya.. aku merupakan seorang manusia yang sangat biasa.. dari keluarga yang biasa-biasa.. tiada suatu pun yang luar biasa.. maka impian dan impian perjalanan hidupku juga terlalu biasa dengan misi sekadarnya.. semuanya pun nak bersederhana.. termasuklah aku menginginkan kehidupan aku sebagai seorang muslimah, hanya muslimah yang sederhana.. masyaAllah lemahnya fikrah… itulah aku.. muslimah yang sederhana tu bagaimana? maksud ayat mudahnya.. tak adalah tak reti agama…tak jugalah alim sangat..
boleh tak aku terfikir begitu, langsung tak ada wawasan.. sekadar hidup untuk diri sendiri..langsung tak menyumbang.. tapi ada sebab mengapa aku tak berminat nak jadi orang alim-alim nie, pengalaman sendiri, orang yang dari golongan ini yang mana antara rakan-rakan seangkatan dengan aku sewaktu sekolah dahulu, mereka ada group mereka sendiri, mereka datang menemui aku dan mereka-mereka yang seangkatan dengan aku hanya sekadar untuk menegur, itu tak boleh, ini kena begini… tidak pernah nak duduk bersila sekali berbual dengan kami, mungkin kerana berbual dengan kami tiada islamiknya.. tidak pernah hendak makan sekali dengan kami, mungkin kerana makan dengan kami juga tiada islamiknya juga kot.. kami lagilaa takut nak mendekati mereka.. cara berpakaian pun dah lain.. bila pergi dekat mereka tu rasa lain sangat.. bila bercakap pun mereka tak berapa mesra.. ada jurang yang memisahkan.. kemudian kalau ada apa-apa aktiviti yang tak nampak islamiknya.. pasti mereka tak turut serta.. kenapa ye? anti sosial ke? sudahnya aku mula melabel golongan ini, sebagai golongan yang tak best.. jangan lah pergi dekat…
tapi lain ceritanya, sewaktu aku bertemu dengan ajk program (yang perempuannye ye)buat kali pertama..perkara pertama yang aku perasan… ohhh tidak.. aku bukan macam mereka.. im the ugly duckling.. cara berpakaian mereka lain, cara percakapan mereka lain, semuanya lain.. terasa kerdil diri.. masyaAllah malunya aku… boleh tahan ke aku nie, dah laa lama program nie.. dalam hati aku berdoa agar masa cepat berlalu.. aku sekadar membawa diri ku yang sebenar, adalah mula-mula tu aku cover sket-sket.. tapi tanpa aku sedari.. aku boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar dengan mereka seolah-olah dah lama kenal.. ehh mereka nie lain.. lain sangat… mereka tak kisah berkawan dengan aku walau sudah terang lagi bersuluh, aku bukan dari golongan mereka, aku diterima seadanya..
sewaktu mereka berbual… aku sekadar mendengar… mereka berbicara tentang platform dakwah yang mereka lalui, fikrah bagaimana yang mereka pegang.. aku ternganga sendiri.. nasib baik cover ngan bantal.. kalu tak malu je orang tengok.. dan misi yang ingin mereka jalani.. mereka bukan sekadar ingin menjadi doktor, menjadi isteri yang solehah, menjadi kakak atau adik yang baik, menjadi anak yang solehah, menjalani waktu muda dengan gembira.. tetapi juga sentiasa mencari ilmu untuk menjadi muslimah yang lebih baik malah menjadi da’ie… satu perkataaan yang sebelum ini jauh…cukup jauh dari cuping telinga aku.. aku terbayang group member aku.. semua pun sekadar berbicara tentang diri sendiri. tiada misi untuk masyarakat.. malu sungguh rasanya..
bermula disitu, aku rasa terpanggil mengapa tidak aku jalani kedua-duanya.. kehidupan yang aku lalui sekarang dan kehidupan yang ingin aku cari. sedang ku cari.. dan perubahan-perubahan yang ingin ku lakukan.. tapi satu-satu lah ye.. nak berubah bila dah tua.. memang payah tapi yang pentingnya ada istiqamah.. aku tak mahu.. sekadar hanya hangat tahi ayam.. tapi hangatnya bak mentari..
kenapa.. tidak aku tinggalkan jalan yang lama terus.. sebabnya.. sewaktu aktiviti post morterm di hari akhir program homestay, ada seorang sister telah bangkit memberi pendapatnya dan meluahkan isi hatinya.. katanya ” im still new with this, even pakai tudung nie, pun baru je lagi.. plz.. plz im begging all of you.. jangan ada gap antara orang yang alim dan orang-orang seperti i.. i dont come from a religious family, i dont learn it thru my parents, and if frens refuse to help.. who else?.. its not dat kiteoarang tak nak benda-benda nie, sebenarnya kami mencari..” suasana masa tu bening seketika.. butir insaf meresap di jiwa semua orang.. sedu sedan sis tu masih kedengaran.. nasib baik pok we cekap mengawal suasana.. dan aktiviti diteruskan lagi..menambah satu lagi perkara yangbermain dalam fikiran aku… betul laa kata akak tu, aku juga alami benda yang sama… cumanya aku lebih selamat.. kerana keluarga aku lebih baik daripada dia, kerana abah memang jaga hal-hal sebegini.. malah abah lebih tekun mengikuti kelas sekarang nie.. Alhamdulillah.. balik ke rumah… macam-macam abah ajar..
kemudiannya, masa on da way balik ke kl, aku duduk ngan kak gmex.. macam-macam kami buat konklusi, dia pula bercerita perihal dirinya.. perubahan yang dilaluinya.. hati aku diketuk lagi.. Allah telah membuka jalan untuk ku.. agar aku menilai semula fikrah yamg aku pegang selama ini..
jadi aku akan jalani dua-dua jalan itu terus.. harapnya tidak aku berjalan tempang.. maksudnya… aku tidak akan hipokrit..tetapi tidak akan aku membelakangkan yang mana hak dan yang mana batil.. ada kalanya.. aku tergelincir jua.. aku masih lagi bertatih.. maafkan aku.. terima kasih tatkala aku berjalan tempang… ade yang sudi nak berjalan senget dengan aku… time kasyeh banyak-banyak
” dan sabarkanlah dirimu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya dari pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati kami ” Al-Kahfi: 28