sebenarnya.. ini adalah berita untuk keluaran as shams bulan lepas… tapi tak boleh published sbb ada masalah printing.. nak pulak musim2 exam nie sape laa nak buat.. berita nie sbg salah satu cara nak promosikan program ni kpd nizhny.. for those who r not nizhnian but interested in this program.. u re all welcome
rasa rindu pulak dengan as shams.. hopefully next sem tak de dah masalah nie.. bile dah ade mesin fotostat sendiri.. hehe:) —-> tuju kat Kid.
Sempena cuti musim panas kali ini pihak IMAM-RSC akan mengadakan program homestay dan kemasyarakatan di perkampungan orang asli yang dijadualkan berlangsung selama lebih kurang empat hari pada hujung Julai. Program ini akan diadakan di Sungai Siput, Perak dengan kerjasama dari PPIM pusat Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli khususnya.
Objektif program ini diadakan adalah untuk untuk membantu masyarakat orang asli dari pelbagai aspek. Pelbagai bentuk pendedahan perlu diberikan kepada penduduk orang asli contohnya seperti aspek pendidikan, kesihatan malah aspek kerohanian juga tidak dikesampingkan.
Dianggarkan seramai 150 orang peserta akan menyertai program ini dari seluruh universiti di Russia dan beberapa jemputan daripada universiti negara lain, contohnya Ukraine,Repulik Czech, Ireland, Mesir dan lain-lain. Setiap universiti dari Russia di benarkan untuk menghantar sebanyak 20 orang wakil, oleh itu tempat penyertaan adalah terhad. Yuran penyertaan untuk setiap peserta adalah sebanyak 800 RUB setiap seorang.
Antara program yang akan diadakan sepanjang program itu nanti ialah program anak angkat dimana setiap peserta akan dibahagikan mengikut keluarga angkat masing-masing. Aktiviti pemeriksaan kesihatan akan turut diadakan selain memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk orang asli. Selain daripada itu aktiviti seperti gotong-royong, grand sukaneka, aktiviti hal ehwal wanita(helwani), kelas fardhu ain dan kenduri akan diadakan.
Selain daripada itu, beberapa panel terkemuka dalam beberapa bidang akan dijemput hadir untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan memberi sedikit sebanyak input kepada peserta program, sesuai dengan tujuan utama program. Dimana program ini diadakan untuk memberi ilmu dan pengalaman kepada pelajar perubatan sebelum menempuh alam kedoktoran yang sebenar.
Maklumat lanjut program ini boleh didapati dengan melayari laman web www.imamrsc.com. Kepada sesiapa yang berminat juga boleh mengisi borang penyertaan yang turut disertakan dalam laman web tersebut.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat melahirkan generasi masyarakat yang bukan sahaja arif dalam bidangnya malah cakna dengan perkembangan masyarakat di sekelilingnya. Kepada warga Nizhny yang berminat, penyertaan anda amat dialu-alukan. Kita jumpa di sana ya =)
p/s: ermm sape yg berminat bole juga mndaftar terus pada sy..
4 komen
2008/06/10 at 11:14 am
lalala.. =p
2008/06/10 at 1:59 pm
marilah join beramai-ramai..dekat perak tuh!! hidup perak!! perak nombor 1..majulah perak ntuk negara..yeahhh!!
p/s: program ini membuktikan bahawa negeri perak masih mementingkan hidup bermasyarakt. mari ber’orang asli’!!
2008/06/23 at 11:14 pm
ala…zahidAH,kamu ni..pergikah?
hee~
2008/06/23 at 11:16 pm
ala…zahidAH,kamu ni..pergikah?
hee~